Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 9:40 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)

Jika kamu gagal untuk menyokong dia (rasul), Allah telahpun menyokongnya. Lantas, apabila orang orang yang ingkar itu mengejarnya, dan dia adalah salah satu diantara berdua yang berada didalam gua, dia berkata kepada kawannya, "Janganlah bimbang; Allah ada bersama sama kita." Maka Allah pun menurunkan ketenangan dan perlindungan keatasnya, dan membantunya dengan tentera tentera yang gaib. Dia jadikan perkataan orang orang yang ingkar itu terlalu rendah. Perkataan Allah mengandungi perintah yang tertinggi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

[9:39] Jika kamu enggan bersiap sedia, Dia akan komitkan kamu dengan hukuman yang amat menyakitkan dan menggantikan orang orang yang lain dari tempat kamu; kamu tidak akan dapat melukaiNya walau sedikitpun. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

[9:41] Kamu mestilah sanggup bersiap sedia, ringan ataupun berat, dan berjuanglah dengan wang dan nyawa nyawa kamu kerana Allah. Ini adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya.