Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 9:5 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)

Selepas saja bulan bulan suci telah berlalu (dan mereka menolak untuk berdamai) maka bolehlah kamu membunuh orang orang yang menyekutukan itu bila saja kamu bertemu mereka, hukumlah mereka, dan tentanglah tiap tiap pergerakkan mereka. Jika mereka telah bertaubat dan Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), maka kamu mestilah membiarkan mereka pergi. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[9:4] Jika orang orang yang menyekutukan (Allah) itu menyain perjanjian damai kepada kamu, dan tidak mencabulinya, dan tidak juga bersepakat dengan yang lainnya untuk menentang kamu, maka bolehlah kamu memenuhi perjanjian mereka, sehingga tamat tempuhnya. Allah mencintai orang orang yang benar.

[9:6] Jika salah satu dari orang orang yang menyekutukan (Allah) itu meminta perlindungan dengan kamu, kamu mestilah memberikan perlindungan, supaya dia akan dapat mendengar perkataan Allah, lalu hantarlah dianya pulang ditempat keselamatannya. Itu kerana mereka adalah orang orang yang tidak faham.