Al-Quran 9:6 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Jika salah satu dari orang orang yang menyekutukan (Allah) itu meminta perlindungan dengan kamu, kamu mestilah memberikan perlindungan, supaya dia akan dapat mendengar perkataan Allah, lalu hantarlah dianya pulang ditempat keselamatannya. Itu kerana mereka adalah orang orang yang tidak faham.
[9:5] Selepas saja bulan bulan suci telah berlalu (dan mereka menolak untuk berdamai) maka bolehlah kamu membunuh orang orang yang menyekutukan itu bila saja kamu bertemu mereka, hukumlah mereka, dan tentanglah tiap tiap pergerakkan mereka. Jika mereka telah bertaubat dan Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), maka kamu mestilah membiarkan mereka pergi. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[9:7] Masakan boleh orang orang yang menyekutukan itu menuntut supaya diberikan sebarang jaminan oleh Allah dan juga dari rasulNya? Dikecualikan hanyalah orang orang yang telah sain perjanjian damai dengan kamu diMasjid Suci. Jika mereka menghormati dan memegang perjanjian demikian, kamu juga mestilah memegangnya. Allah cinta kepada orang orang yang benar.