Al-Quran 9:7 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Masakan boleh orang orang yang menyekutukan itu menuntut supaya diberikan sebarang jaminan oleh Allah dan juga dari rasulNya? Dikecualikan hanyalah orang orang yang telah sain perjanjian damai dengan kamu diMasjid Suci. Jika mereka menghormati dan memegang perjanjian demikian, kamu juga mestilah memegangnya. Allah cinta kepada orang orang yang benar.
[9:6] Jika salah satu dari orang orang yang menyekutukan (Allah) itu meminta perlindungan dengan kamu, kamu mestilah memberikan perlindungan, supaya dia akan dapat mendengar perkataan Allah, lalu hantarlah dianya pulang ditempat keselamatannya. Itu kerana mereka adalah orang orang yang tidak faham.
[9:8] Bagaimana boleh mereka (menuntutkan jaminan) sedangkan mereka tidak pernah memerhatikan hak perhubungan saudara diantara kamu dan mereka, dan tidak juga dengan sebarang perjanjian, sebaliknya jika mereka mendapat kesempatan untuk mengatasinya. Mereka akan cuba meredakan kamu hanya dengan berpura pura saja, sedangkan hati hati mereka bersama penentang kamu, dan kebanyakan dari mereka itu adalah orang orang yang zalim.