Al-Quran 9:84 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Jangan sekali kamu mengerjakan sembahyang untuk mereka apabila mereka mati, dan jangan juga kamu berdiri diperkuburan mereka. Mereka telah ingkar kepada Allah dan rasulNya, dan mati dalam keadaan yang zalim.
[9:83] Jika Allah pulangkan kamu kembali kepada keadaan dimana mereka meminta keizinan kamu untuk bersiap sedia dengan kamu, kamu akan berkata, "Kamu tidak akan lagi dapat bersiap sedia bersama sama kami, tidak juga kamu dapat berperang bersama sama kami untuk menentang sebarang musuh. Kerana kamu telah pilih untuk bersama sama dengan orang orang yang ditinggalkan pada mulanya. Dari itu, kamu mesti tinggal bersama sama orang orang yang ditinggalkan.
[9:85] Janganlah kamu tertarik dengan wang dan anak anak mereka; Allah telah menjadikan itu semua sebagai punca penderitaan bagi mereka didunia ini, dan roh roh mereka akan keluar sebagai orang orang yang ingkar.