Al-Quran 9:93 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Yang dipersalahkan ialah orang orang yang datang kepada kamu untuk meminta keizinan supaya ditinggalkan kebelakang, walaupun mereka tidak punya alasan. Mereka telah memilih untuk bersama sama dengan orang orang yang ditinggalkan. Akibatnya, Allah telah menutup hati hati mereka, lantas mereka tidak akan mendapat sebarang ilmu pengetahuan.
[9:92] Dan juga diizinkan ialah orang orang yang datang kepada kamu berkeinginan untuk disertakan bersama sama dengan kamu, tetapi kamu mengatakan kepada mereka, "Kami tidak ada satu apapun untuk membawa kamu bersama." Mereka berpaling dengan titisan air mata, dengan jujurnya dan kesedihan kerana mereka tidak ada kemampuan untuk memberikan sumbangan.
[9:94] Mereka meminta maaf kepada kamu setelah kamu pulang kepada mereka (dari peperangan). Katakanlah, "Janganlah meminta maaf; kami tidak lagi mempercayai kamu. Allah telah memberitahukan kami berkenaan kamu." Allah akan melihat kerja kerja kamu, begitu juga dengan rasul, maka kamu akan dikembalikan kepada yang Mengetahui kesemua rahsia rahsia juga apa apa yang dilafazkan, dan Dia akan memberitahukan apa apa yang telah kamu lakukan.