Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 15: Lembah (Al-Hijr) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 15: Al-Hijr Valley (Al-Hijr)

YouTube · 11:20

Surah 15: Lembah (Al-Hijr)

[15:1] A . L . R. (Alif. Lam. Raa - Huruf huruf) ini adalah bukti bukti bagi kitab ini; Quran yang nyata.

[15:2] Tentu sekali, orang orang yang ingkar itu akan berkeinginan yang mereka adalah orang orang yang menyerahkan diri.

[15:3] Biarkanlah mereka makan, bersuka ria dan tetap dikhayalkan dengan angan angan; mereka akan ketahui.

[15:4] Kami tidak pernah menghapuskan sebarang komuniti, melainkan mengikuti suatu ketetapan, pada masa yang telah ditetapkan.

[15:5] Masa penamat bagi tiap tiap komuniti tidak akan dapat dimajukan, dan tidak juga dilambatkan.

[15:6] Mereka berkata, "Wahai engkau yang menerima peringatan ini, kau ini gila.

[15:7] "Kenapa tidak kau membawa turun para malaikat, kalau sekiranya kau itu yang benar?"

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 15