Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 60: Ujian (Al-Mumtahanah) — Tilawah dan bacaan Al-Quran

Sura 60: The Test (Al-Mumtahanah)

YouTube · 4:39

Surah 60: Ujian (Al-Mumtahanah)

[60:1] Wahai kamu yang percaya, janganlah kamu berkawan dengan musuh musuhKu dan musuh musuh kamu, menghulurkan kasih dan persahabatan kepada mereka, walaupun mereka telah mengingkarkan kebenaran yang telah datang kepada kamu. Mereka menindas rasul, dan kamu, hanya kerana kamu mempercayakan Allah, Tuhan kamu. Jika kamu bersiap sedia untuk berjuang keranaKu, mencari keredhaanKu, bagaimana pula kamu mencintai mereka secara rahsia? Aku amat sedar sepenuhnya akan segala apa yang kamu sembunyikan, dan segala apa yang kamu umumkan. Sesiapa yang diantara kamu yang melakukan ini sesungguhnya telah tersesat dari jalan yang benar.

[60:2] Apabila saja mereka bertembung dengan kamu, mereka memperlakukan kamu sebagai musuh musuh, dan melukakan kamu dengan tangan tangan dan lidah lidah mereka. Mereka mahukan supaya kamu mengingkarkan.

[60:3] Saudara mara dan *, anak anak kamu tidak akan dapat menolong kamu. Pada Hari Kebangkitan kelak, Dia akan menghakimi diantara kamu. Sesungguhnya, Allah yang Maha Melihat segala apa yang kamu lakukan.

[60:4] Contoh yang terbaik telah ditunjukkan kepada kamu oleh Ibrahim dan orang orang yang bersama samanya. Mereka berkata kepada orang orang mereka, "Kami menafikan kamu dan pujaan pujaan yang kamu sembah disamping Allah. Kami mengutuk kamu, dan kamu tidak akan melihat sesuatu yang baik dari kami melainkan kemarahan dan kebencian sehingga kamu percayakan ALLAH SAHAJA." Bagaimana pun, satu kesilapan telah dikomitkan oleh Ibrahim apabila dia berkata kepada bapanya, "Aku akan berdoa' untuk pengampunanmu, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk melindungimu dari Allah." "Tuhan kami, kami meletakkan kepercayaan kepadaMu, dan menyerahkan diri diri kami kepadaMu; kepada Engkau sahajalah destini yang terakhir.

[60:5] "Tuhan kami, jangan biarkan kami ditindas oleh orang orang yang ingkar, dan ampunkanlah kami. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana."

[60:6] Contoh yang baik telah ditunjukkan oleh mereka bagi orang orang yang mencari keredhaan Allah dan Hari Akhirat. Bagi orang orang yang berpaling, Allah tidak memerlukan (mereka), Maha Terpuji.

[60:7] Allah mungkin menukarkan kemarahan diantara kamu dan mereka menjadi cinta. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa. Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al-Quran: Perjanjian Terakhir — Surah 60