Surah 70: Ketinggian (Al-Ma'aarej) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 3:39
Surah 70: Ketinggian (Al-Ma'aarej)
[70:1] Penyoal akan menyoalkan hukuman yang tidak boleh dielakkan lagi.
[70:2] Bagi orang orang yang ingkar, tidak ada siapa pun dapat menghentikannya.
[70:3] Dari Allah; yang Maha Pemilik ketinggian yang tertinggi.
[70:4] Para malaikat,* dan Roh Suci, dengan laporan laporan mereka, memanjat kepadaNya dalam satu hari yang mana sama seperti lima puluh tahun.
[70:5] Dari itu, kamu mestilah mengamalkan kesabaran dan belas kasih.
[70:6] Kerana mereka melihatnya dari jarak yang sangat jauh.
[70:7] Sementara kami melihatnya terlalu dekat.
