Al-Quran 2:176 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Ini adalah kerana Allah telah terangkan didalam kitab ini, dengan penuh kebenaran, dan sesiapa yang berseliseh faham berkenaan kitab ini, adalah penentang yang kuat.
[2:175] Merekalah yang memilih kesesatan dari kebenaran, dan siksaan dari pengampunan. Akibatnya mereka akan tinggal diNeraka untuk selama lamanya.
[2:177] Pekerjaan yang baik itu bukanlah hanya memalingkan setiap wajah ketimur atau kebarat. Kebajikan ialah orang yang percayakan Allah, Hari Akhirat, para malaikatNya, kitab kitabNya dan juga para nabiNya; mereka memberi wang kepada keluarga dengan penuh keikhlasan, kepada anak anak yatim piatu, orang yang memerlukan pertolongan, orang orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta sedekah, yang membebaskan hamba sahya; orang orang yang Mengerjakan Sembahyang (salat) dan yang memberi derma yang diwajibkan (Zakat); mematuhi janji apabila membuat perjanjian; dan juga mereka penuh kesabaran dan tabah hati apabila menghadapi bencana, dan yang menderita didalam peperangan. Inilah orang orang yang benar; mereka itulah dari golongan orang orang yang mendapat kemenangan.