Al-Quran 2:177 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Pekerjaan yang baik itu bukanlah hanya memalingkan setiap wajah ketimur atau kebarat. Kebajikan ialah orang yang percayakan Allah, Hari Akhirat, para malaikatNya, kitab kitabNya dan juga para nabiNya; mereka memberi wang kepada keluarga dengan penuh keikhlasan, kepada anak anak yatim piatu, orang yang memerlukan pertolongan, orang orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta sedekah, yang membebaskan hamba sahya; orang orang yang Mengerjakan Sembahyang (salat) dan yang memberi derma yang diwajibkan (Zakat); mematuhi janji apabila membuat perjanjian; dan juga mereka penuh kesabaran dan tabah hati apabila menghadapi bencana, dan yang menderita didalam peperangan. Inilah orang orang yang benar; mereka itulah dari golongan orang orang yang mendapat kemenangan.
[2:176] Ini adalah kerana Allah telah terangkan didalam kitab ini, dengan penuh kebenaran, dan sesiapa yang berseliseh faham berkenaan kitab ini, adalah penentang yang kuat.
[2:178] Wahai orang orang yang percaya, keseksamaan peraturan undang undang bagi kamu ialah apabila kamu mengadilkan pembunuhan ? orang merdeka digantikan dengan merdeka, hamba digantikan dengan hamba, perempuan digantikan dengan perempuan. Jika seorang dapat diampunkan oleh keluarga simati, jasa baik mereka mestilah dihargai, dan pampasan yang sewajarnya mesti dibayar. Ini adalah satu keringan dari Tuhan kamu dan dengan belas kasihNya. Sesiapa yang melampaui batas akan mendapat siksaan yang pedih.