Al-Quran 2:234 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Suami yang telah wafat maka balu balu mereka mestilah menunggu selama empat bulan dan sepulah hari (untuk bernikah sekali lagi).Setelah selesai iddahnya, kamu tidak melakukan kesalahan untuk membiarkan mereka melakukan kebajikan apa sahaja yang mereka suka untuk melakukannya. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu lakukan.
[2:233] Ibu ibu yang diceraikan mesti menyusukan bayi mereka selama dua tahun genap kalau sibapa menginginkannya. Sibapa mestilah memberi kepada ibu bayinya makanan dan pakaian dengan cukup sempurna. Tidak ada sesiapa mesti membebankan diri diri mereka dari luar kemampuan mereka. Tidak ada seorang ibu pun mesti disakiti untuk memelihara bayinya, dan juga tidak semestinya sibapa dianiayai kerana bayinya. (sekiranya bapa anak itu meninggal), Keluarganya (suami) mesti meneruskan tanggung jawabnya. Jika keluarga bayi (kedua pihak) bersetuju untuk membantu setelah berunding, maka tidak jadi kesalahan untuk berbuat demikian. Kamu tidak melakukan kesalahan dengan mengupah ibu ibu asalkan kamu bayar mereka dengan adil. Kamu mesti mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan.
[2:235] Kamu tidak berdosa dengan menghebahkan tali pertunanganmu dengan wanita ataupun jika kamu mahu merahsiakannya. Allah tahu apa yang kamu fikirkan tentang mereka. Jangan mengadakan pertemuan sulit melainkan jika kamu ingin berunding berkenaan kebaikan. Jangan kamu berkahwin sebelum masanya berakhir. Kamu mesti ketahui yang Allah tahu apa yang kamu fikirkan, dan ta'atilah kepadaNya. Kamu mesti ketahui yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.