Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:235 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Kamu tidak berdosa dengan menghebahkan tali pertunanganmu dengan wanita ataupun jika kamu mahu merahsiakannya. Allah tahu apa yang kamu fikirkan tentang mereka. Jangan mengadakan pertemuan sulit melainkan jika kamu ingin berunding berkenaan kebaikan. Jangan kamu berkahwin sebelum masanya berakhir. Kamu mesti ketahui yang Allah tahu apa yang kamu fikirkan, dan ta'atilah kepadaNya. Kamu mesti ketahui yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

[2:234] Suami yang telah wafat maka balu balu mereka mestilah menunggu selama empat bulan dan sepulah hari (untuk bernikah sekali lagi).Setelah selesai iddahnya, kamu tidak melakukan kesalahan untuk membiarkan mereka melakukan kebajikan apa sahaja yang mereka suka untuk melakukannya. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu lakukan.

[2:236] Kamu tidak melakukan kesalahan dengan menceraikan isterimu sebelum kamu mencampuri mereka, ataupun sebelum kamu memutuskan mas kahwin untuk mereka. Dengan keadaan yang sedemikian, kamu mesti membayar ganti rugi kepada mereka yang kaya mengikut keupayaannya dan yang miskin mengikut kemampuannya - ganti rugi yang adil dan seksama. Ini adalah tanggungjawab bagi orang orang yang berbuat baik.