Al-Quran 2:236 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Kamu tidak melakukan kesalahan dengan menceraikan isterimu sebelum kamu mencampuri mereka, ataupun sebelum kamu memutuskan mas kahwin untuk mereka. Dengan keadaan yang sedemikian, kamu mesti membayar ganti rugi kepada mereka yang kaya mengikut keupayaannya dan yang miskin mengikut kemampuannya - ganti rugi yang adil dan seksama. Ini adalah tanggungjawab bagi orang orang yang berbuat baik.
[2:235] Kamu tidak berdosa dengan menghebahkan tali pertunanganmu dengan wanita ataupun jika kamu mahu merahsiakannya. Allah tahu apa yang kamu fikirkan tentang mereka. Jangan mengadakan pertemuan sulit melainkan jika kamu ingin berunding berkenaan kebaikan. Jangan kamu berkahwin sebelum masanya berakhir. Kamu mesti ketahui yang Allah tahu apa yang kamu fikirkan, dan ta'atilah kepadaNya. Kamu mesti ketahui yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
[2:237] Jika kamu menceraikan mereka sebelum mecampuri mereka, tetapi setelah kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka, pembayaran ganti ruginya mestilah separuh dari mas kahwin, melainkan jika mereka bersetuju untuk merelakannya, ataupun dari pihak yang memuncakan penceraian ingin merelakan mas kahwinnya. Merelakan (menghalalkan) adalah seimbang dengan membuat kebajikan. Dan kamu mestilah mengadakan tali persaudaraan (silaturrahim) diantara kamu. Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan.