Al-Quran 2:266 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Inginkah kamu mempunyai taman yang ditumbuhi pokok pokok palas dan anggur, dengan air sungai sungainya yang mengalir dan tumbuh tumbuhan yang segar, kemudian apabila sahaja dia meningkat tua, sedangkan anak anaknya masih mengharapkan pelindungannya, lalu angin api datang menyerang dan membakar tamannya? Demikianlah Allah menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu supaya dapat kamu merenungkannya.
[2:265] Perumpamaan bagi orang yang mengeluarkan wang untuk mencari keredhaan Allah, dengan hati yang ikhlas, adalah seperti taman yang diatas tanah yang subur; apabila hujan lebat turun, dia mengeluarkan tumbuh tumbuhan yang berganda lagi lebat. Jika tidak ada hujan lebat sekalipun, renyaian hujan pun sudah memadai untuknya. Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan.
[2:267] Wahai orang orang yang percaya, kamu mesti mendermakan barang yang baik baik dari apa yang kamu memperolehi, dan dari apa yang kami berikan kepada kamu dari hasil bumi. Janganlah kamu pilih yang tidak baik untuk diberikan, sedangkan kamu sendiri tidak menerimanya melainkan mata kamu tertutup. Kamu mesti ketahui yang Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.