Al-Quran 2:265 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Perumpamaan bagi orang yang mengeluarkan wang untuk mencari keredhaan Allah, dengan hati yang ikhlas, adalah seperti taman yang diatas tanah yang subur; apabila hujan lebat turun, dia mengeluarkan tumbuh tumbuhan yang berganda lagi lebat. Jika tidak ada hujan lebat sekalipun, renyaian hujan pun sudah memadai untuknya. Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan.
[2:264] Wahai orang orang yang percaya, jangan batalkan apa yang kamu dermakan dengan menyindir dan berulang kali dengan mencerca, sebagai orang yang suka memberikan wangnya hanya untuk bermegah diri, dengan mengingkari Allah dan Hari Akhirat. Perumpamaan baginya seperti batu yang ditutupi dengan debu tanah yang tipis; apabila hujan lebat turun lalu membasuh bersih tanah itu, meninggalkan batu yang tiada berguna. Mereka tidak akan dapat apa apa dari apa yang mereka usahakan. Allah tidak akan membimbing orang orang ingkar.
[2:266] Inginkah kamu mempunyai taman yang ditumbuhi pokok pokok palas dan anggur, dengan air sungai sungainya yang mengalir dan tumbuh tumbuhan yang segar, kemudian apabila sahaja dia meningkat tua, sedangkan anak anaknya masih mengharapkan pelindungannya, lalu angin api datang menyerang dan membakar tamannya? Demikianlah Allah menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu supaya dapat kamu merenungkannya.