Al-Quran 2:29 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Dia yang menciptakan untuk kamu semua yang ada dibumi, kemudian Dia beralih kelangit lalu menciptakan tujuh lapis langit dengan penuh kesempurnaannya; dan Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
[2:28] Bagaimanakah kamu tidak percaya kepada Allah, sedangkan kamu dahulunya mati, lalu Dia menghidupkan kamu. Kemudian Dia mematikan kamu dan Dia yang akan menghidupkan kamu semula, dan kepadaNya sahajalah kamu semua akan dikembalikan.
[2:30] Ingatlah apabila Tuhan kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan khalifah (tuhan sementara) dibumi." Mereka berkata, "Adakah Engkau mahu meletakkan sesiapa yang boleh membuat kemusnahan yang akan membawa kepada pertumpahan darah sesama sendiri, sedangkan kami menyanyi dengan penuh kepujian terhadapMu, dan ta'at memegang kuat dengan perintahMu?" Dia berkata, "Aku tahu apa yang tidak engkau ketahui."