Al-Quran 2:30 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Ingatlah apabila Tuhan kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan khalifah (tuhan sementara) dibumi." Mereka berkata, "Adakah Engkau mahu meletakkan sesiapa yang boleh membuat kemusnahan yang akan membawa kepada pertumpahan darah sesama sendiri, sedangkan kami menyanyi dengan penuh kepujian terhadapMu, dan ta'at memegang kuat dengan perintahMu?" Dia berkata, "Aku tahu apa yang tidak engkau ketahui."
[2:29] Dia yang menciptakan untuk kamu semua yang ada dibumi, kemudian Dia beralih kelangit lalu menciptakan tujuh lapis langit dengan penuh kesempurnaannya; dan Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
[2:31] Dia mengajarkan Adam semua nama nama dan menunjukkannya kepada para malaikat dengan mengatakan, "Berikan Aku nama nama ini, jika sesungguhnya kamu yang benar."