Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:59 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Tetapi orang orang yang ingkar itu, telah membawa perintah yang lain dari apa yang diperintahkannya. Dengan sikap jahat mereka, maka kami turunkan untuk orang orang yang zalim itu kutukan dari langit, kerana kezaliman mereka sendiri.

[2:58] Ingatlah! kami berkata, "Masuklah kebandar ini, dimana kamu akan mendapatkan rezeki sebanyak mana yang kamu sukai. Masuklah dari pintu gerbangnya dengan merendahkan diri dan bercakaplah dengan sopan santun. Nanti akan kami ampuni dosa dosa kamu, serta menambahkan ganjaran kepada orang orang yang warak."

[2:60] Ingatlah apabila Musa memohon air untuk kaumnya, kami berkata,"Pukullah batu itu dengan tongkat kamu." Lalu keluarlah daripadanya dua belas mata air. Maka, tiap tiap kaum tahu bahagian tempat air mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki rezeki yang Allah kurniakan dan janganlah menjelajah dengan membuat kejahatan dimuka bumi ini.