Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:60 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Ingatlah apabila Musa memohon air untuk kaumnya, kami berkata,"Pukullah batu itu dengan tongkat kamu." Lalu keluarlah daripadanya dua belas mata air. Maka, tiap tiap kaum tahu bahagian tempat air mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki rezeki yang Allah kurniakan dan janganlah menjelajah dengan membuat kejahatan dimuka bumi ini.

[2:59] Tetapi orang orang yang ingkar itu, telah membawa perintah yang lain dari apa yang diperintahkannya. Dengan sikap jahat mereka, maka kami turunkan untuk orang orang yang zalim itu kutukan dari langit, kerana kezaliman mereka sendiri.

[2:61] Ingatlah apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak tahan dengan satu jenis makanan saja. Panggillah Tuhan engkau untuk mengeluarkan tumbuh tumbuhan dari bumi seperti, biji bijian, timun, halia, jagung dan bawang." Dia berkata, "Apakah kamu ingin menukar yang baik kepada yang rendah dari yang baik.? Lebih baik kamu pulang sahaja keMesir, disana kamu boleh memperolehi apa yang kamu inginkan!" Lalu kehinaan dan kemiskinan menimpa mereka, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Itu kerana mereka mengingkari revelasi revelasi Allah, dan mereka membunuh para nabi dengan ketidak adilan, ini kerana mereka adalah dari orang orang yang ingkar dan yang melampaui batas.