Al-Quran 2:75 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Adakah kamu mengharapkan mereka akan percaya sabagaimana kamu percaya, sedangkan ada diantara mereka setelah mendengar revelasi revelasi Allah, lalu memutarbelitkannya, setelah faham sepenuhnya, tentunya mereka mengetahuinya tetapi mereka sengaja melakukannya.
[2:74] Akan tetapi, hati kamu menjadi keras selepas itu, dan menjadi seperti batu-batu atau lebih keras dari itu; Kerana ada batu batu dimana air sungainya mengalir. Ada juga batu batu yang retak dan mengalirkan air darinya. Ada batu batu yang jatuh pecah kerana sujud kepada Allah. Allah tidak pernah lalai dari apa saja yang kamu lakukan.
[2:76] "Apabila mereka bertemu dengan orang orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya." Tapi, apabila mereka bersama sama, mereka berkata, "Adakah kamu menceritakan kepada mereka apa yang Allah terangkan kepada kamu, takut kalau nanti kamu akan memberi sokongan tentang perdebatan dengan mereka mengenai Tuhan.Tidakkah kamu faham?"