Al-Quran 2:87 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Kami memberikan kepada Musa Kitab, dan selepasnya disusuli dengan para rasul, dan kami memberikan kepada Isa putera Maryam, mukjizat mukjizat yang jelas, dan kami mengukuhkan dia dengan Roh Suci. Memang tidak dinafikan setiap kali rasul datang kepada kamu dengan membawa apa yang tidak kamu sukai, ego kamu membuatkan kamu menjadi penyombong,? Sebahagian dari mereka kamu jadikan musuh dan sebahagian lagi kamu bunuh.
[2:86] Mereka itulah orang orang yang membeli kehidupan yang murah didunia ini dengan perbelanjaan yang patut diusahakan untuk Akhirat. Akibatnya, azab yang pedih tidak akan diringankan untuk mereka, dan tidak juga akan mereka mendapat pertolongan.
[2:88] Mereka juga berkata, "fikiran kami tidak berganjak."Sebenarnya, ini adalah laknat dari Allah, diatas keingkaran mereka, kerana menetapkan hati mereka tidak mahu mempercayakannya, melainkan sedikit saja dari mereka.