Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:88 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Mereka juga berkata, "fikiran kami tidak berganjak."Sebenarnya, ini adalah laknat dari Allah, diatas keingkaran mereka, kerana menetapkan hati mereka tidak mahu mempercayakannya, melainkan sedikit saja dari mereka.

[2:87] Kami memberikan kepada Musa Kitab, dan selepasnya disusuli dengan para rasul, dan kami memberikan kepada Isa putera Maryam, mukjizat mukjizat yang jelas, dan kami mengukuhkan dia dengan Roh Suci. Memang tidak dinafikan setiap kali rasul datang kepada kamu dengan membawa apa yang tidak kamu sukai, ego kamu membuatkan kamu menjadi penyombong,? Sebahagian dari mereka kamu jadikan musuh dan sebahagian lagi kamu bunuh.

[2:89] Apabila kitab ini datang kepada mereka daripada Allah, walaupun mereka bersetuju dengannya, dan mengakui apa yang mereka punyai,dan walaupun mereka pernah meramalkan apabila mereka menyatakannya dengan orang orang yang ingkar, setelah apa yang diramalkan telah berlalu, mereka tidak mahu mempercayainya. Laknat Allah akan menimpa keatas orang orang yang ingkar.