Al-Quran 2:92 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Musa telah datang kepada kamu dengan mukjizat mukjizat yang jelas, tetapi kamu telah mengambil anak lembu sebagai sembahan kamu semasa dia tiada, dan kamu berlaku zalim.
[2:91] Apabila dikatakan kepada mereka, "Kamu mesti percaya dengan apa yang Allah turunkan. Mereka berkata, "Kami percaya hanya kepada apa yang telah diturunkan kepada kami."Lantas, mereka mengingkarkan apa yang diturunkan sesudah itu, walaupun ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan ianya juga telah mengesahkan apa yang ada bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu membunuh para nabi Allah, jika kamu adalah orang-orang yang percaya?"
[2:93] Kami telah mengambil perjanjian dari kamu, sedang kami menaikan Gunung Sinai, diatas kamu, dengan mengatakan, "Kamu peganglah dengan kuat perintah perintah yang telah kami berikan, dan dengarkanlah." Tetapi mereka menjawab, "Kami dengar,tapi kami menentang." Hati mereka telah menjadi taksub kerana kegilaan kepada anak lembu, juga kerana keingkaran mereka. Katakanlah "Binasalah kamu atas kekotoran iman kamu yang telah memusnahkan diri kamu, tidakkah kamu mempunyai iman."