Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:91 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Apabila dikatakan kepada mereka, "Kamu mesti percaya dengan apa yang Allah turunkan. Mereka berkata, "Kami percaya hanya kepada apa yang telah diturunkan kepada kami."Lantas, mereka mengingkarkan apa yang diturunkan sesudah itu, walaupun ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan ianya juga telah mengesahkan apa yang ada bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu membunuh para nabi Allah, jika kamu adalah orang-orang yang percaya?"

[2:90] Sungguh mendukacitakan apa yang mereka telah lakukan dengan menzalimi diri diri mereka sendiri - kerana mengingkari revelasi revelasi Allah dengan sebab kedengkian, oleh yang demikian, Allah mesti mengurniakan rahmatnya kepada sesiapa yang Dia pilih dari sekelian hamba hambaNya. Akibatnya, mereka yang ingkar ditimpakan penderitaan yang bertubi tubi. Dan sesungguhnya orang orang yang ingkar itu telah mendapat penghinaan dan penyiksaan.

[2:92] Musa telah datang kepada kamu dengan mukjizat mukjizat yang jelas, tetapi kamu telah mengambil anak lembu sebagai sembahan kamu semasa dia tiada, dan kamu berlaku zalim.