Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:90 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Sungguh mendukacitakan apa yang mereka telah lakukan dengan menzalimi diri diri mereka sendiri - kerana mengingkari revelasi revelasi Allah dengan sebab kedengkian, oleh yang demikian, Allah mesti mengurniakan rahmatnya kepada sesiapa yang Dia pilih dari sekelian hamba hambaNya. Akibatnya, mereka yang ingkar ditimpakan penderitaan yang bertubi tubi. Dan sesungguhnya orang orang yang ingkar itu telah mendapat penghinaan dan penyiksaan.

[2:89] Apabila kitab ini datang kepada mereka daripada Allah, walaupun mereka bersetuju dengannya, dan mengakui apa yang mereka punyai,dan walaupun mereka pernah meramalkan apabila mereka menyatakannya dengan orang orang yang ingkar, setelah apa yang diramalkan telah berlalu, mereka tidak mahu mempercayainya. Laknat Allah akan menimpa keatas orang orang yang ingkar.

[2:91] Apabila dikatakan kepada mereka, "Kamu mesti percaya dengan apa yang Allah turunkan. Mereka berkata, "Kami percaya hanya kepada apa yang telah diturunkan kepada kami."Lantas, mereka mengingkarkan apa yang diturunkan sesudah itu, walaupun ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan ianya juga telah mengesahkan apa yang ada bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu membunuh para nabi Allah, jika kamu adalah orang-orang yang percaya?"