Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 28:24 — Sejarah (Al-Qasas)

Dia mengambilkan air untuk mereka, dan berpaling ketempat yang teduh, sambil berkata, "Tuhanku, apa saja rezeki yang Engkau hantarkan untukku, kerana aku tersangat memerlukannya."

[28:23] Apabila dia tiba ditempat memberi air diMidyan, dia dapati sekumpulan orang orang yang mengambil air, dan melihat dua wanita sedang menunggu disebelah sana. Dia berkata, "Apakah yang kamu perlukan?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat mengambil air, sehingga kumpulan ini pergi, dan bapa kami seorang lelaki tua."

[28:25] Tidak lama kemudian, seorang dari kedua wanita itu mendatanginya, dengan malu malu, dan berkata, "Bapaku menjemputmu untuk membayarmu kerana mengambilkan kami air." Setelah dia berjumpa dengannya, dan menceritakan kepadanya kisahnya, dia berkata, "Janganlah takut. Kau telah terselamat dari orang orang yang menindas."