Al-Quran 28:25 — Sejarah (Al-Qasas)
Tidak lama kemudian, seorang dari kedua wanita itu mendatanginya, dengan malu malu, dan berkata, "Bapaku menjemputmu untuk membayarmu kerana mengambilkan kami air." Setelah dia berjumpa dengannya, dan menceritakan kepadanya kisahnya, dia berkata, "Janganlah takut. Kau telah terselamat dari orang orang yang menindas."
[28:24] Dia mengambilkan air untuk mereka, dan berpaling ketempat yang teduh, sambil berkata, "Tuhanku, apa saja rezeki yang Engkau hantarkan untukku, kerana aku tersangat memerlukannya."
[28:26] Salah satu dari kedua wanita itu berkata, "Wahai bapaku upahlah dia. Dia yang terbaik untuk mengupah, kerana dia itu kuat dan jujur."