Al-Quran 28:26 — Sejarah (Al-Qasas)
Salah satu dari kedua wanita itu berkata, "Wahai bapaku upahlah dia. Dia yang terbaik untuk mengupah, kerana dia itu kuat dan jujur."
[28:25] Tidak lama kemudian, seorang dari kedua wanita itu mendatanginya, dengan malu malu, dan berkata, "Bapaku menjemputmu untuk membayarmu kerana mengambilkan kami air." Setelah dia berjumpa dengannya, dan menceritakan kepadanya kisahnya, dia berkata, "Janganlah takut. Kau telah terselamat dari orang orang yang menindas."
[28:27] Dia berkata, "Aku ingin memberikan salah satu dari kedua orang anak perempuanku kepadamu untuk dikahwini, supaya engkau bekerja untukku selama delapan musim haji; jika kau menjadikannya sepuluh, itu adalah diatas kerelaan dipihakmu. Aku tidak menginginikan perkara ini menjadi susah bagimu. Kau akan dapati Dengan Izin Allah (Insha Allah), seorang yang benar."