Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 28:78 — Sejarah (Al-Qasas)

Dia berkata, "Aku mendapatkan kesemuanya ini kerana kepintaranku sendiri. " Tidakkah dia sedar yang Allah telah menghapuskan sebelumnya generasi generasi yang lebih kuat dari dia, dan lebih lagi ramai bilangannya? Orang orang yang melampaui batas itu (tetap terhapus) tanpa ditanya berkenaan jenayah jenayah mereka.

[28:77] "Gunakanlah peruntukkan peruntukkan yang dikurniakan kepadamu dari Allah untuk mencari tempat diAkhirat, dengan tidak mengabaikan bahagianmu didunia ini. Jadilah dermawan, sebagaimana Allah telah berlaku dermawan terhadapmu. Janganlah berterusan mengkorup dibumi ini. Sesungguhnya Allah tidak mencintai orang orang yang berlaku korup."

[28:79] Satu hari, dia keluar mendatangi orang orangnya dengan penuh perhiasan. Orang orang yang mengutamakan dunia ini berkata, "Oh, kalaulah kami mempunyai apa yang dipunyai oleh Qarun. Sesungguhnya, dia sangatlah beruntung."