Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 28:79 — Sejarah (Al-Qasas)

Satu hari, dia keluar mendatangi orang orangnya dengan penuh perhiasan. Orang orang yang mengutamakan dunia ini berkata, "Oh, kalaulah kami mempunyai apa yang dipunyai oleh Qarun. Sesungguhnya, dia sangatlah beruntung."

[28:78] Dia berkata, "Aku mendapatkan kesemuanya ini kerana kepintaranku sendiri. " Tidakkah dia sedar yang Allah telah menghapuskan sebelumnya generasi generasi yang lebih kuat dari dia, dan lebih lagi ramai bilangannya? Orang orang yang melampaui batas itu (tetap terhapus) tanpa ditanya berkenaan jenayah jenayah mereka.

[28:80] Bagi orang orang yang dirahmati dengan ilmu pengetahuan, mereka berkata, " Malang bagimu, ganjaran dari Allah adalah lebih baik lagi bagi orang orang percaya yang menjalani kehidupan yang benar." Tidak ada sesiapa yang akan mendapatkannya melainkan orang orang yang sabar.