Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 3:118 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)

Wahai orang orang yang percaya, janganlah berkawan dengan orang luar yang tidak berhenti dari menyakiti kamu mereka itu ingin sangat melihat kamu menderita. Kebencian sentiasa keluar dari mulut mereka ,dan apa yang tersirat dihati mereka adalah lebih dahsyat lagi. Kami telah terangkan revelasi revelasi kami kepada kamu, jika dapat kamu mengerti.

[3:117] Contoh bagi segala kejayaan yang mereka punyai didunia ini adalah seperti angin yang kencang melanda tanam tanaman yang baru dituai oleh manusia yang telah menzalimi roh roh mereka, sehinggakan kesemuanya habis musnah. Allah tidak pernah menyesatkan mereka; melainkan merekalah yang menzalimi diri diri mereka sendiri.

[3:119] Walaupun kamu menyintai mereka, namun begitu mereka tidak menyintai kamu, dan kamu mempercayai kesemua kitab. Apabila mereka berjumpa dengan kamu mereka akan berkata, "Kami percaya," Tetapi apabila mereka tinggalkan kamu, mereka akan menggigit jejari mereka kerana kemarahan terhadap kamu." Katakanlah, "Matilah didalam kemarahan kamu." Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang ada didalam minda minda mereka.