Al-Quran 3:119 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
Walaupun kamu menyintai mereka, namun begitu mereka tidak menyintai kamu, dan kamu mempercayai kesemua kitab. Apabila mereka berjumpa dengan kamu mereka akan berkata, "Kami percaya," Tetapi apabila mereka tinggalkan kamu, mereka akan menggigit jejari mereka kerana kemarahan terhadap kamu." Katakanlah, "Matilah didalam kemarahan kamu." Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang ada didalam minda minda mereka.
[3:118] Wahai orang orang yang percaya, janganlah berkawan dengan orang luar yang tidak berhenti dari menyakiti kamu mereka itu ingin sangat melihat kamu menderita. Kebencian sentiasa keluar dari mulut mereka ,dan apa yang tersirat dihati mereka adalah lebih dahsyat lagi. Kami telah terangkan revelasi revelasi kami kepada kamu, jika dapat kamu mengerti.
[3:120] Bilamana kebaikan datang kepada kamu mereka akan merasa dukacita, dan apabila malapetaka menimpa kamu mereka akan bergembira. Jika kamu mengamalkan kesabaran dan tabah hati, dan serta terus membuat kebaikan rancangan mereka tidak akan dapat melukakan perasaan kamu. Allah Amat Ketahui segala apa yang mereka lakukan.