Al-Quran 3:145 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
Tidak ada sesiapa yang akan mati melainkan dengan keizinan Allah, pada masa yang telah ditetapkan. Sesiapa yang inginkan kemewahan didunia ini, akan kami berikan kepadanya, dan sesiapa yang mencari ganjaran diAkhirat, akan kami rahmati dia didalamnya. Kami akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang tahu bersyukur.
[3:144] Muhammad tidak lebih dari seorang rasul seperti para rasul sebelum dia. Jika dia mati ataupun dibunuh, mahukah kamu berpaling dari tumit tumit kamu? Sesiapa yang berpaling dengannya tidak akan menyakiti Allah sedikitpun. Allah hanya akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang tahu bersyukur. Masa Kematian Sudah Ditetapkan.
[3:146] Ramai dari para nabi mempunyai orang orang yang salih untuk berperang bersamanya, tidak juga mereka teragak agak dan tidak merasa cemas apabila didalam kesukaran demi kerana Allah, mereka tidak pernah bertangguh ataupun merasa teragak agak. Allah Amat Mencintai orang orang yang tetap tabah hati.