Al-Quran 3:146 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
Ramai dari para nabi mempunyai orang orang yang salih untuk berperang bersamanya, tidak juga mereka teragak agak dan tidak merasa cemas apabila didalam kesukaran demi kerana Allah, mereka tidak pernah bertangguh ataupun merasa teragak agak. Allah Amat Mencintai orang orang yang tetap tabah hati.
[3:145] Tidak ada sesiapa yang akan mati melainkan dengan keizinan Allah, pada masa yang telah ditetapkan. Sesiapa yang inginkan kemewahan didunia ini, akan kami berikan kepadanya, dan sesiapa yang mencari ganjaran diAkhirat, akan kami rahmati dia didalamnya. Kami akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang tahu bersyukur.
[3:147] Perkataan dari mereka hanyalah, "Tuhan kami, ampunkanlah dosa dosa kami, dan ketelanjuran kami, kuatkan kedudukkan kami, dan berikanlah kami kejayaan untuk mengatasi orang orang yang ingkar.