Al-Quran 3:92 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
Kamu tidak akan dapat mencapai kebaikan, sehinggalah kamu dapat memberi pendermaan dari apa yang paling kamu sayangi. Apa sahaja yang kamu dermakan, sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.
[3:91] Sesiapa yang ingkar lalu mati dalam keingkaran sepenuh bumi yang diliputi emas pun tidak akan diterima (sebagai tebusan) dari mereka, kalaupun tebusan serupa itu menjadi nyata. Mereka telah mendapat azab yang pedih; bahkan mereka tidak akan mendapatkan sebarang penolong.
[3:93] Semua makanan dibenarkan (halal) untuk bani Israil, sehingga Israil sendiri yang mengenakan sesetengah pengharaman buat mereka sebelum Taurat diturunkan. Katakan, "Bawalah Taurat dan bacakanlah, kalau memang kamu yang benar."