Al-Quran 3:93 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
كُلُّ الطَّعامِ كانَ حِلًّا لِبَنى إِسرٰءيلَ إِلّا ما حَرَّمَ إِسرٰءيلُ عَلىٰ نَفسِهِ مِن قَبلِ أَن تُنَزَّلَ التَّورىٰةُ ۗ قُل فَأتوا بِالتَّورىٰةِ فَاتلوها إِن كُنتُم صٰدِقينَ
Semua makanan dibenarkan (halal) untuk bani Israil, sehingga Israil sendiri yang mengenakan sesetengah pengharaman buat mereka sebelum Taurat diturunkan. Katakan, "Bawalah Taurat dan bacakanlah, kalau memang kamu yang benar."
[3:92] Kamu tidak akan dapat mencapai kebaikan, sehinggalah kamu dapat memberi pendermaan dari apa yang paling kamu sayangi. Apa sahaja yang kamu dermakan, sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.
[3:94] Sesiapa yang mengadakan pengharaman yang tidak benar selepas ini, dan mengatakan yang ianya dari Allah, merekalah orang yang benar benar zalim.