Al-Quran 4:1 — Perempuan (Al-Nesa')
Wahai Manusia, ingatlah akan Tuhan kamu; Dialah yang Esa yang menciptakan kamu dari seorang, dan menciptakan darinya pasangan, dan membiakkannya menjadi ramai lelaki dan perempuan. Kamu mesti mengambil berat terhadap Allah, yang mana kamu telah berikrar dengannya, dan mengambil berat terhadap ibu bapa ibu bapa kamu. Kerana Allah sentiasa Memerhatikan kamu.
[4:0] Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[4:2] Kamu mestilah mengembalikan harta benda anak anak yatim dengan jujur. Jangan kamu gantikan yang baik dengan yang tidak baik, dan janganlah kamu memakan harta mereka dengan mencampurkannya dengan kepunyaan kamu. Ini adalah kezaliman yang besar.