Al-Quran 4:2 — Perempuan (Al-Nesa')
Kamu mestilah mengembalikan harta benda anak anak yatim dengan jujur. Jangan kamu gantikan yang baik dengan yang tidak baik, dan janganlah kamu memakan harta mereka dengan mencampurkannya dengan kepunyaan kamu. Ini adalah kezaliman yang besar.
[4:1] Wahai Manusia, ingatlah akan Tuhan kamu; Dialah yang Esa yang menciptakan kamu dari seorang, dan menciptakan darinya pasangan, dan membiakkannya menjadi ramai lelaki dan perempuan. Kamu mesti mengambil berat terhadap Allah, yang mana kamu telah berikrar dengannya, dan mengambil berat terhadap ibu bapa ibu bapa kamu. Kerana Allah sentiasa Memerhatikan kamu.
[4:3] Jika kamu berfikir cara yang terbaik untuk anak anak yatim, maka kamu bolehlah mengahwini ibu ibu mereka ? bolehlah kamu kahwin dua, tiga ataupun empat. Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil, maka kamu mestilah merasa cukup dengan seorang sahaja, ataupun apa yang telah kamu miliki. Dengan demikian, dapatlah kamu mengelakkan diri diri kamu dari beban pembelanjaan.