Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:3 — Perempuan (Al-Nesa')

Jika kamu berfikir cara yang terbaik untuk anak anak yatim, maka kamu bolehlah mengahwini ibu ibu mereka ? bolehlah kamu kahwin dua, tiga ataupun empat. Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil, maka kamu mestilah merasa cukup dengan seorang sahaja, ataupun apa yang telah kamu miliki. Dengan demikian, dapatlah kamu mengelakkan diri diri kamu dari beban pembelanjaan.

[4:2] Kamu mestilah mengembalikan harta benda anak anak yatim dengan jujur. Jangan kamu gantikan yang baik dengan yang tidak baik, dan janganlah kamu memakan harta mereka dengan mencampurkannya dengan kepunyaan kamu. Ini adalah kezaliman yang besar.

[4:4] Kamu mestilah memberi kepada perempuan akan hak mereka iaitu mas kawin, dengan sepatutnya. Jika mereka dengan suka hati memulangkan apa apa dari pemberianmu; maka bolehlah kamu menerimanya; dan itu menjadikan hak kepunyaanmu.