Al-Quran 4:33 — Perempuan (Al-Nesa')
Bagi setiap kamu, kami telah mengaturkan bahagian bahagian dari harta keturunan yang ditinggalkan oleh ibu bapa ibu bapa dan saudara saudara kamu. Begitu juga yang menjadi saudara dari perkahwinan, kamu mesti memberikan hak yang dibahagiankan untuk mereka. Sesungguhnya Allah Amat Menyaksikan akan segala sesuatu.
[4:32] Kamu jangan sekali kali menginginkan sifat sifat yang dikurniakan setiap kamu dari Allah; lelaki menikmati sifat sifat yang ditentukan, dan perempuan juga menikmati sifat sifat yang ditentukan bagi mereka. Kamu bolehlah berdoa' kepada Allah supaya dikurniakan berkatNya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
[4:34] Lelaki dijadikan supaya bertanggung jawab keatas perempuan perempuan, dan Allah mengurniakan mereka dengan beberapa kualiti, dan menjadikan mereka sebagai pencari nafkah. Perempuan yang percaya akan menerima peraturan ini dengan sukacita, kerana ini adalah dari perintah Allah, dan mereka menghargai suami suami mereka semasa ketiadaan mereka. Sekiranya kamu mendapati penentangan dari isteri isteri kamu, kamu mestilah berbicara dengannya dahulu, dan (kamu bolehlah gunakan isharat) meninggalkan mereka bersendirian ditempat tidur, kemudian kamu boleh (sebagai cara yang terakhir) memukul mereka. Jika mereka telah patuh kepada kamu, kamu tidak diizinkan untuk berkelakuan kasar terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.