Al-Quran 4:36 — Perempuan (Al-Nesa')
Kamu mestilah menyembah hanya kepada Allah sahaja - jangan sekali kali kamu menyekutukanNya dengan siapa jua pun. Kamu mesti mengambil perhatian berat terhadap kedua ibu bapa ibu bapa kamu, juga saudara saudara, anak anak yatim, orang orang miskin, jiran tetangga yang dikenali, jiran yang tidak dikenali, kumpulan yang dekat, orang orang yang dalam perjalanan dan juga orang orang gaji kamu.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang menyombongkan diri lagi suka bermegah megah.
[4:35] Jikalau pasangan itu khuatirkan perpisahan, kamu mestilah melantik seorang penimbangtara dari keluarga lelaki dan juga penimbangtara dari keluarga perempuan; jika mereka bersetuju untuk bersatu kembali, Allah akan menolong mereka untuk kembali bersama. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Memerhatikan.
[4:37] Orang orang yang kikir, dan menganjurkan manusia supaya berlaku kikir,dan menyembunyikan rezeki yang Allah berikan kepada mereka dari kemurahan keluasanNya. Kami telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu siksaan yang amat menghinakan.