Al-Quran 4:35 — Perempuan (Al-Nesa')
Jikalau pasangan itu khuatirkan perpisahan, kamu mestilah melantik seorang penimbangtara dari keluarga lelaki dan juga penimbangtara dari keluarga perempuan; jika mereka bersetuju untuk bersatu kembali, Allah akan menolong mereka untuk kembali bersama. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Memerhatikan.
[4:34] Lelaki dijadikan supaya bertanggung jawab keatas perempuan perempuan, dan Allah mengurniakan mereka dengan beberapa kualiti, dan menjadikan mereka sebagai pencari nafkah. Perempuan yang percaya akan menerima peraturan ini dengan sukacita, kerana ini adalah dari perintah Allah, dan mereka menghargai suami suami mereka semasa ketiadaan mereka. Sekiranya kamu mendapati penentangan dari isteri isteri kamu, kamu mestilah berbicara dengannya dahulu, dan (kamu bolehlah gunakan isharat) meninggalkan mereka bersendirian ditempat tidur, kemudian kamu boleh (sebagai cara yang terakhir) memukul mereka. Jika mereka telah patuh kepada kamu, kamu tidak diizinkan untuk berkelakuan kasar terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung.
[4:36] Kamu mestilah menyembah hanya kepada Allah sahaja - jangan sekali kali kamu menyekutukanNya dengan siapa jua pun. Kamu mesti mengambil perhatian berat terhadap kedua ibu bapa ibu bapa kamu, juga saudara saudara, anak anak yatim, orang orang miskin, jiran tetangga yang dikenali, jiran yang tidak dikenali, kumpulan yang dekat, orang orang yang dalam perjalanan dan juga orang orang gaji kamu.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang menyombongkan diri lagi suka bermegah megah.