Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:7 — Perempuan (Al-Nesa')

Orang lelaki mendapat bahagian dari apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa ibu bapa juga dari saudara mereka. Perempuan perempuan juga mestilah mendapatkan apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa ibu bapa dan juga saudara mereka. Walaupun apa yang ditinggalkannya adalah sedikit ataupun banyak bilangannya ,(perempuan perempuan mesti mendapatkannya) dari hak kepunyaan mereka.

[4:6] Kamu mestilah menguji anak anak yatim itu apabila mereka telah cukup umur. Selepas sahaja kamu mendapati yang mereka sudah matang benar, maka pulangkanlah segala harta mereka. Jangan kamu menggunakan harta mereka dengan membazirkannya mengikut sesukamu, sebelum mereka menjadi dewasa. Penjaga yang kaya tidak boleh meminta bayaran dari baktinya, tetapi penjaga yang miskin bolehlah meminta upah dari kebaktiannya dengan seksama. Jika kamu pulangkan harta mereka, mestilah kamu mengadakan saksi saksi. Cukuplah Allah sebagai Penghitung.

[4:8] Dimasa pembahagian harta harta warisan, jika saudara, anak anak yatim dan orang orang yang berkeperluan ada bersama, kamu mesti beri bahagian mereka, dan berlaku baiklah terhadap mereka.