Al-Quran 4:6 — Perempuan (Al-Nesa')
Kamu mestilah menguji anak anak yatim itu apabila mereka telah cukup umur. Selepas sahaja kamu mendapati yang mereka sudah matang benar, maka pulangkanlah segala harta mereka. Jangan kamu menggunakan harta mereka dengan membazirkannya mengikut sesukamu, sebelum mereka menjadi dewasa. Penjaga yang kaya tidak boleh meminta bayaran dari baktinya, tetapi penjaga yang miskin bolehlah meminta upah dari kebaktiannya dengan seksama. Jika kamu pulangkan harta mereka, mestilah kamu mengadakan saksi saksi. Cukuplah Allah sebagai Penghitung.
[4:5] Janganlah pulangkan harta kepunyaan anak anak yatim yang belum matang fikirannya yang Allah telah amanahkan kepada kamu sebagai penjaganya. Kamu mestilah mencukupkan segala keperluan mereka dari harta mereka, dengan menguruskan pakaian mereka, dan berlaku baik terhadap mereka.
[4:7] Orang lelaki mendapat bahagian dari apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa ibu bapa juga dari saudara mereka. Perempuan perempuan juga mestilah mendapatkan apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa ibu bapa dan juga saudara mereka. Walaupun apa yang ditinggalkannya adalah sedikit ataupun banyak bilangannya ,(perempuan perempuan mesti mendapatkannya) dari hak kepunyaan mereka.