Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:5 — Perempuan (Al-Nesa')

Janganlah pulangkan harta kepunyaan anak anak yatim yang belum matang fikirannya yang Allah telah amanahkan kepada kamu sebagai penjaganya. Kamu mestilah mencukupkan segala keperluan mereka dari harta mereka, dengan menguruskan pakaian mereka, dan berlaku baik terhadap mereka.

[4:4] Kamu mestilah memberi kepada perempuan akan hak mereka iaitu mas kawin, dengan sepatutnya. Jika mereka dengan suka hati memulangkan apa apa dari pemberianmu; maka bolehlah kamu menerimanya; dan itu menjadikan hak kepunyaanmu.

[4:6] Kamu mestilah menguji anak anak yatim itu apabila mereka telah cukup umur. Selepas sahaja kamu mendapati yang mereka sudah matang benar, maka pulangkanlah segala harta mereka. Jangan kamu menggunakan harta mereka dengan membazirkannya mengikut sesukamu, sebelum mereka menjadi dewasa. Penjaga yang kaya tidak boleh meminta bayaran dari baktinya, tetapi penjaga yang miskin bolehlah meminta upah dari kebaktiannya dengan seksama. Jika kamu pulangkan harta mereka, mestilah kamu mengadakan saksi saksi. Cukuplah Allah sebagai Penghitung.