Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:80 — Perempuan (Al-Nesa')

Sesiapa sahaja yang menta'ati rasul, telah menta'ati Allah. Bagi sesiapa yang berpaling, kami tidaklah mengutuskan engkau untuk menjadi penjaga mereka.

[4:79] Segala kebaikan yang mendatangi kamu adalah dari Allah, dan segala kesusahan yang kamu alami adalah dari perbuatan kamu sendiri. Kami telah mengutuskan kepada kamu rasul untuk manusia, dan cukuplah Allah sebagai saksi.

[4:81] Mereka berikrar untuk mematuhi kamu, tetapi selepas sahaja mereka meninggalkan kamu, ada diantara mereka yang menyimpankan perasaan yang bertentangan dengan apa yang telah mereka katakan. Allah mencatatkan segala rancangan yang disembunyikan. Kamu mesti biarkan mereka, dan letakkan kepercayaan kamu kepada Allah semata mata. Sesungguhnya cukuplah Allah sahaja sebagai Pembela.