Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:79 — Perempuan (Al-Nesa')

Segala kebaikan yang mendatangi kamu adalah dari Allah, dan segala kesusahan yang kamu alami adalah dari perbuatan kamu sendiri. Kami telah mengutuskan kepada kamu rasul untuk manusia, dan cukuplah Allah sebagai saksi.

[4:78] Dimana sahaja kamu berada, kematian akan sentiasa mendapatkan kamu, walaupun kamu tinggal diistana istana yang tersergam. Apabila sesuatu kebaikan berlaku kepada mereka, mereka berkata, "Ini semua dari Allah," tetapi apabila sesuatu kesusahan menimpa mereka, mereka akan salahkan kamu. Katakan, "Segala galanya datang dari Allah." Kenapakah manusia ini tidak memahami hampir kesemuanya?

[4:80] Sesiapa sahaja yang menta'ati rasul, telah menta'ati Allah. Bagi sesiapa yang berpaling, kami tidaklah mengutuskan engkau untuk menjadi penjaga mereka.