Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:78 — Perempuan (Al-Nesa')

Dimana sahaja kamu berada, kematian akan sentiasa mendapatkan kamu, walaupun kamu tinggal diistana istana yang tersergam. Apabila sesuatu kebaikan berlaku kepada mereka, mereka berkata, "Ini semua dari Allah," tetapi apabila sesuatu kesusahan menimpa mereka, mereka akan salahkan kamu. Katakan, "Segala galanya datang dari Allah." Kenapakah manusia ini tidak memahami hampir kesemuanya?

[4:77] Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang diberitahu, "Kamu tidak perlu berperang; apa yang kamu perlukan hanyalah Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma (Zakat)," dan, apabila peperangan telah didekrikan untuk mereka, mereka takuti manusia sama seperti mereka takutkan Allah, ataupun lebih daripada itu? Mereka berkata, "Tuhan kami, kenapa mesti Engkau memaksakan peperangan untuk kami? Jika boleh Engkau tangguhkan untuk seketika!" Katakan, "Segala kebendaan yang ada didunia ini adalah tidak mempunyai nilainya, sementara Hari Akhirat adalah lebih baik lagi untuk orang orang yang benar, dan kamu tidak akan menderita sebarang kezaliman walau sedikit pun.

[4:79] Segala kebaikan yang mendatangi kamu adalah dari Allah, dan segala kesusahan yang kamu alami adalah dari perbuatan kamu sendiri. Kami telah mengutuskan kepada kamu rasul untuk manusia, dan cukuplah Allah sebagai saksi.