Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 7:44 — Tempat Penungguan (Al-A'araf)

Penghuni Syurga akan memanggil penghuni Neraka: "Kami telah mendapati yang perjanjian Tuhan kami adalah benar, adakah kamu mendapat tahu yang perjanjian Tuhan kamu itu satu kebenaran?" Mereka akan berkata, "Benar." Dan pemberitahu diantara mereka akan memberitahukan: "Kutukkan Allah telah ditujukan kepada orang orang yang melampaui batas;

[7:43] Kami akan pindahkan semua perasaan cemburu dari hati hati mereka. Air sungai sungai akan mengalir dibawah mereka, dan mereka akan berkata, "Segala kepujian bagi Allah kerana membimbing kami. Kami tidak mungkin akan mendapat bimbingan, kalau sekiranya Allah tidak membimbing kami. Sesungguhnya para rasul Tuhan kami itu telah membawa kebenaran." Mereka akan dipanggil: Inilah Syurga kamu. Kamulah pewarisnya, sebagai balasan diatas kerja kerja kamu."

[7:45] "Orang orang yang berpaling dari jalan Allah, dan berjuang cuba untuk merosakkannya, dan berkenaan Hari Akhirat, mereka mengingkarinya."